Friday, April 18, 2008

serba sedikit mengenai kami...

Pada pertengahan tahun 2003 band ini pada mulanya adalah bernama Limited Garden yang dianggotai oleh iqbal = gitar&vokal, ashraf.d = bass dan afdhal = drum. Kami pada masa itu memainkan muzik berkonsepkan grunge dan merekod demo pertama yang bertajuk bank negara malaysia, pada tahun awal tahun 2005 zul = gitar kedua menyertai band kami dan pada masa itu juga kami telah menukar konsep kepada brit pop dan kami merekod demo kedua kami yang berjudul H.i.V. Setelah bermain dibeberapa gig pada penghujung tahun 2007 nama band ini ditukarkan kepada ElektrikRetro dan pada masa yang sama azim dibawa masuk ke dalam band ini sebagai vokalis utama dan pada ketika itu juga kami sekali lagi menukar konsep kepada garage rock/art rock kemudian kami sekali lagi masuk studio untuk merakamkan demo yang bertajuk antarabangsa yang biasa sesudah membuat rakaman iqbal merasakan ingin menambah bilangan ahli band bagi menghasilkan muzik yang lebih baik daripada yang sebelum ini, kemudian rafizul = seksefon, aidili = trombon dan hizami = papan kekunci dipelawa untuk menyertai EletrikRetro. Matlamat utama band ini adalah untuk menghasilkan muzik yang berkualiti. Walaupun begitu, perjalanan masih jauh kerana kami masih muda banyak perkara yang perlu dilakukan sebelum mencapai matlamat itu. Terdapat pelbagai halangan sepanjang tempoh hampir 5 tahun bermain band ini ditubuhkan, kalau tak de halangan tak mencabar lak kan... mcm-mcm la yg dah jadi... korg pown phm2 la... hehehe...
Pengaruh band ini adalah butterfingers, radiohead dan blur.
Segala urusan mengenai kami sila lawati laman web kami di www.mypace.com/elektrikretro atau di www.amp.channelv.com/elektrikretro dan juga boleh menghubungi iqbal (017-3241187).
jadi kami mengharapkan sokongan anda...
bangkitkan semula industri muzik Malaysia

No comments: